DUNIA

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

17/05/2025 10:54 AM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan, disokong oleh permintaan kukuh terhadap eksport baru-baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ng memberitahu Bernama, harga dijangka berada dalam jajaran antara RM3,700 dan RM3,880 setan metrik.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband group of companies Jim Teh berkata pasaran minggu depan dijangka tidak menentu berikutan paras stok yang tinggi di Malaysia dan Indonesia.

“Harga niaga hadapan MSM dijangka berlegar antara RM3,700 dan RM3,900 setan metrik.

“Pada paras harga ini, kami menjangkakan minat tinggi daripada pembeli fizikal di China, India, Pakistan, negara Timur Tengah dan Kesatuan Eropah,” katanya.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, kontrak bulan semerta baharu Jun 2025 meningkat RM26 kepada RM3,839 setan metrik, Julai 2025 naik RM14  kepada RM3,828 setan metrik dan Ogos 2025 turun RM12 kepada RM3,815 setan metrik.

Kontrak September 2025 merosot RM29 kepada RM3,808 setan metrik, Oktober 2025 turun RM44 kepada RM3,809 setan metrik dan November 2025 berjumlah RM3,818 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 378,493 lot daripada 347,140 pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 239,366 kontrak daripada 240,098.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan meningkat sebanyak RM60 kepada RM3,910 setan metrik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan