Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Beliau berkata ketidakpastian berhubung dasar tarif Amerika Syarikat (AS) juga menjejaskan sentimen pasaran.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya harga dihadkan oleh prospek positif pertumbuhan ekonomi China dan AS di tengah-tengah petanda ketegangan yang semakin mengendur antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, setakat 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 turun 10 sen kepada 759 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 3.0 sen kepada 609 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial