DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

15/05/2025 08:39 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut 6.5 mata kepada 1,574.5, Jun 2025 turun tujuh mata kepada 1,573.5, September 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,558.5 dan Disember 2025 menyusut 8.5 mata kepada 1,567.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,850 lot daripada 9,957 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 40,949 kontrak daripada 42,654 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 10.49 mata, atau 0.66 peratus, kepada 1,573.02 daripada 1,583.51 pada Rabu.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan