AM

Baucar RM500,000 Untuk Dimenangi Dalam Kempen The Golden Ticket

14/05/2025 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kempen cabutan hadiah ‘The Golden Ticket’ Suria KLCC kembali lagi, menawarkan pembeli peluang untuk memenangi RM10,000 dalam e-baucar Suria KLCC Shopping setiap hari dari 9 hingga 25 Mei ini.

Berlangsung di Centre Court, kempen tahun ini yang memasuki edisi keenam, menampilkan taman permainan neon bersaiz sebenar yang diilhamkan daripada permainan klasik dam ular atau 'snakes and ladders' lengkap dengan panel bercahaya dan replika dadu gergasi untuk empat peringkat tiket yang mendebarkan iaitu Golden, Ruby, Emerald dan Purple.

"Untuk mengambil bahagian, pembeli hanya perlu membelanjakan RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Setiap pembeli yang layak boleh melontar dadu gergasi dan melangkah ke papan interaktif bertema ’snakes and ladders’ untuk memenangi sama ada tiker Purple bagi e-Baucar bernilai RM50, Emerald (e-Baucar bernilai RM100), Ruby (e-Baucar bernilai RM5,000) dan Golden (e-Baucar bernilai RM10,000)," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu pemenang dua peringkat tiket teratas akan dipaparkan di Wall of Winners iaitu mereka boleh bergambar dengan replika tiket besar dan dadu, dan gambar serta video mereka akan dipaparkan pada skrin berputar di Centre Court.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd Francis Tan berkata kempen The Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nantikan pelanggan setia pusat beli-belah itu.

"Untuk edisi tahun ini, pihak Suria KLCC benar-benar menggandakan kemeriahan bagi memastikan semua yang menyertai pulang dengan senyuman," katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi mereka yang mengikuti secara dalam talian, The Golden Ticket juga berlangsung dalam bentuk digital menerusi platform media sosial Suria KLCC dengan hadiah wang tunai.

Sementara itu, Pusat Beli-Belah Alamanda di Putrajaya akan turut menganjurkan versi 'The Golden Ticket' mereka sendiri bermula 23 Mei hingga 8 Jun ini dengan Centre Court diubah menjadi hutan ajaib dengan animasi ular, bunga-bungaan dan tangga.

Pembeli yang berbelanja RM500 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih boleh melontar dadu berwarna enam untuk peluang memenangi e-Baucar Alamanda bernilai sehingga RM1,000.

"Sebanyak 50 hadiah disediakan setiap hari termasuk Golden Ticket (RM1,000), Yellow Ticket (RM500) dan Blue Ticket (RM50). Tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya bagi menambah keterujaan setiap kali kunjungan.

"Setiap hari, seorang pembeli bertuah akan memenangi Golden Ticket dan diraikan dengan kerlipan cahaya, muzik ceria serta sesi foto dengan cek replika," menurut kenyataan itu.

Mesra Mall di Terengganu turut menganjurkan kempen tersebut bermula 9 hingga 25 Mei ini iaitu pembeli yang berbelanja RM300 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih boleh melontar replika dadu berwarna-warni untuk membuka kotak misteri dan berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai sehingga RM1,000.

Sebanyak 51 peluang ditawarkan setiap hari, iaitu Golden Ticket (RM1,000), Silver Ticket (RM500) dan Blue Ticket (RM30)

Untuk info lanjut dan terkini, layari www.suriaklcc.com.my atau www.facebook.com/SuriaKLCCMall bagi Suria KLCC, www.alamanda.com.my or www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre (Alamanda) dan www.mesramall.com or www.facebook.com/MyMesraMall (Mesra Mall).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan