AM

YSIJ Sumbang Smart TV Kepada PPD Tangkak, Muar

13/05/2025 10:20 PM

JOHOR BAHRU, 13 Mei (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan televisyen pintar (Smart TV) kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar dan Tangkak sebagai usaha menyokong pengajaran dan pembelajaran digital.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang turut memuat naik beberapa foto majlis penyerahan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian menyerahkan sumbangan itu kepada Pegawai Daerah Muar Zainal Eran dan wakil Pegawai Daerah Tangkak Noorazimah Maaksom sebelum disampaikan kepada wakil PPD masing-masing.

Terdahulu, Mohd Anizam turut menyampaikan 1,000 bakul makanan kepada penduduk Muar dan Tangkak, khususnya golongan kurang berkemampuan pelbagai kaum termasuk komuniti pemandu teksi.

Majlis penyerahan berlangsung di Pejabat Daerah Muar.

– BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan