KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- MK Curtain melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan terbaharu di Plaza Damas, Sri Hartamas di sini, satu lagi pencapaian syarikat itu untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan hiasan dalaman berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh negara.
MK Curtain dalam kenyataan hari ini memaklumkan cawangan yang dimiliki bersama MK Curtain dengan kakitangannya Mike Mak itu selari dengan konsep ‘Usahawan dalam Syarikat’ yang diterapkan pengasas MK Curtain Datuk Dr Calvin Khiu bagi menggalakkan bidang keusahawanan dalam kalangan kakitangannya.
Khiu dalam kenyataan sama berkata pembukaan cawangan di Sri Hartamas berikutan lokasinya yang strategik bagi menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman kepada penduduk di kawasan sekitarnya.
“Dengan adanya permintaan tinggi kepada hiasan dalaman terutamanya langsir yang berkualiti, kami di MK Curtain yakin perniagaan ini akan terus berkembang sekali gus banyak lagi cawangan MK Curtain akan dibuka.
“MK Curtain akan membuka satu lagi cawangan di Botani, Ipoh minggu hadapan,” katanya dalam ucapan perasmian cawangan berkenaan yang turut dihadiri pengasas bersama merangkap Pengarah Urusan MK dan pengurusan kanan MK Curtain Datin Moon Sze Fui.
MK Curtain yang memulakan perniagaan pada 2005 kini berjaya menembusi pasaran tempatan dengan bukan sahaja menyediakan langsir tetapi merangkumi bidai, kertas hiasan dinding, kusyen, perhiasan dalaman rumah, window films dan pelbagai barangan hiasan dalaman dengan harga mampu milik.
Setakat ini, MK Curtain mempunyai 60 cawangan di seluruh negara dan menyasarkan sebanyak lapan cawangan baharu akan dibuka pada tahun ini selain mempunyai cawangan di Indonesia dan Singapura.
Terkini, MK Curtain memperkenalkan konsep “Authorised Retailer” dengan MK Curtain berkolaborasi dengan usahawan dan pemilik kedai yang berminat untuk menjadi rakan strategik perniagaan dengan membuka ruang pameran mini di premis perniagaan mereka.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial