AM

Mohd Ali Zahir Rasa Bangga Pencapaian Petugas Media Wanita

09/05/2025 07:46 PM

MELAKA, 9 Mei (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian petugas media wanita di negara ini.

Perkara itu disampaikan beliau kepada Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) Sariha Mohd Ali pada kunjungan hormat persatuan berkenaan di Istana Melaka hari ini.

“Tun Mohd Ali berbangga dengan pencapaian wartawan wanita, malah PERTAMA sendiri mahu memperkenalkan persatuan ini kepada beliau dan menjalinkan kerjasama menerusi penganjuran acara atau program melibatkan rakyat," katanya kepada Bernama.

Turut hadir Penasihat PERTAMA Datuk Jamelah A Bakar, Timbalan Presiden PERTAMA yang juga Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nasriah Darus, Setiausaha PERTAMA yang juga Ketua Penyunting Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Perkhidmatan Berita Bernama Nor Hasliza Abdullah serta barisan ahli jawatankuasa persatuan itu.

Sariha yang juga Pengarang Berita di Berita Harian berkata selain itu, Mohd Ali turut berkongsi beberapa pembangunan di Melaka antaranya pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak.

Justeru, Sariha menyeru petugas media wanita supaya peka terhadap isu rakyat dan terus menghasilkan laporan berkualiti sebagai sumbangan kepada pembangunan negara.

"Sejak sekian lama wanita berada dalam bidang kewartawanan kita tidak dapat nafikan banyak sumbangan oleh golongan ini terhadap pembangunan negara.

"Kita melihat keprihatinan Tun Mohd Ali kepada Melaka dan rakyatnya, sehubungan itu kami di pihak media sedia membantu untuk menyebarkan maklumat dan menghasilkan laporan terbaik bagi manfaat bersama," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan