AM

Anlene Lancar CholestoPro Tangani Kolesterol, Sokong Mobiliti Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

06/05/2025 08:22 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Anlene, jenama susu tepung dewasa di Malaysia, melancarkan produk terbaharu Anlene CholestoPro, formula dwiaksi dalam satu yang direka untuk menyokong mobiliti dan merendahkan kolesterol.

 Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia dan Singapura Ganesh Thiagarajan berkata pelancaran berkenaan didorong oleh kebimbangan kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan golongan dewasa di negara ini, khususnya berkaitan penyakit tidak berjangkit seperti kolesterol tinggi dan kurangnya aktiviti fizikal.

"Hampir 7.5 juta orang dewasa, atau 33.3 peratus daripada populasi mempunyai kolesterol tinggi, tetapi satu daripada dua individu berkenaan tidak menyedarinya.

“Selain itu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan 54.4 peratus orang dewasa mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, turut menyumbang kepada risiko masalah kesihatan berkaitan kolesterol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ganesh berkata kesihatan tulang, sendi, dan otot yang lemah boleh mengehadkan tahap aktiviti, meningkatkan risiko penambahan berat badan dan kolesterol tinggi, yang boleh membawa kepada masalah jantung.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata Anlene CholestoPro yang diformulasikan dengan 1.2 gram sterol tumbuhan terbukti berkesan untuk membantu merendahkan tahap kolesterol, selain kalsium dan vitamin D, protein tinggi, kolagen, mineral dan nutrien lain yang mengekalkan mobiliti sambil menguruskan tahap kolesterol dengan lebih baik.

"Anlene CholestoPro bukan sekadar mengurangkan kolesterol, tetapi juga memastikan rakyat Malaysia kekal bertenaga untuk terus melakukan perkara yang mereka gemari, lebih lama," katanya.

Dalam kenyataan sama, Dr Azura Abas, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) serta Sarjana dalam Fisiologi Perubatan berkata ramai tidak menyedari kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular akibat pengumpulan kolesterol dalam arteri, yang boleh menyebabkan salur darah sumbat, serangan jantung, dan komplikasi serius lain. 

“Kolesterol tinggi sering berpunca daripada gaya hidup yang tidak aktif, kurang bersenam, tidak mengamalkan diet seimbang, atau pengambilan lemak tepu yang berlebihan.

“Berita baiknya ialah kita boleh mengambil langkah untuk mengawalnya. Dengan kekal aktif, makan secara sihat, dan mengambil makanan yang membantu menurunkan kolesterol seperti sterol tumbuhan, kita boleh memberi impak positif kepada tahap kolesterol kita,” katanya.

Sempena pelancaran Anlene CholestoPro, Anlene menganjurkan Anlene Get Active, Let’s Move Roadshow, yang menawarkan warga Malaysia boleh menjalani pemeriksaan imbasan tulang dan ujian kekuatan otot secara percuma.

Anlene turut bekerjasama dengan Sunway Multicare dan Avometer untuk menawarkan pemeriksaan kolesterol percuma, mengukuhkan komitmennya terhadap pengurusan kolesterol yang lebih baik.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan