KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki pada 2.58 petang.
“Mangsa berusia 44 tahun berasal dari Menglembu, Ipoh, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.
Aidil berkata pemandu van melarikan diri dan motif kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial