KOTA KINABALU, 4 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang daripada 455 keluarga pada 4 petang ini, berbanding 1,541 orang daripada 472 keluarga 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, Sipitang ditutup pada 3 petang tadi selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan situasi banjir telah pulih.
“Setakat ini, 1,266 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS, manakala PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit telah ditutup petang ini,” menurut kenyataan itu.
PPS masih dibuka ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).
Sementara itu di Beaufort, 260 mangsa daripada 78 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
"Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial