AM

Komuniti Berdekatan Sempadan Dicadangkan Aktifkan KRT, SRS

27/04/2025 11:55 PM

TUMPAT, 27 Apr (Bernama) -- Komuniti berdekatan sempadan negara dicadangkan supaya mengaktifkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi membantu menjaga keselamatan termasuk membanteras gejala dadah.

Ketua Pengarah JPNIN Datuk Che Roslan Che Daud berkata perkara itu dicadangkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi dalam Mesyuarat Majlis Penyelarasan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (MPJKMD) hari ini.

"Ini kerana kewujudan KRT dan SRS yang aktif terbukti mampu memainkan peranan yang berkesan dalam menjaga keselamatan dan keamanan komuniti," katanya kepada Bernama hari ini.

Che Roslan berkata terdapat dua KRT iaitu KRT Sungai Kantan Kajang, Selangor dan KRT Chenulang, Kuala Krai, Kelantan telah menjalankan rondaan dan kawalan setiap hari untuk memastikan keselamatan kejiranan dalam kawasan kediaman. 

"Keberkesanan SRS akan dipertingkatkan lagi melalui aplikasi MySRS yang membolehkan jabatan memantau pelaksanaan SRS secara masa sebenar," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan mempergiatkan lagi pelaksanaan Kempen “1 Keluarga 1 Anggota SRS” di semua peringkat khususnya di peringkat KRT bagi membantu kerajaan menangani gejala sosial dan isu-isu keselamatan dalam kawasan kejiranan sekali gus meningkatkan rasa selamat dalam kalangan komuniti.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan