KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Taghill Holdings Bhd telah mendapat kontrak pembangunan hartanah bernilai RM494.65 juta oleh syarikat hartanah Indo Aman Bina Sdn Bhd (IAB).
Anak syarikat milik penuh Taghill Holdings, Taghill Projects Sdn Bhd (TPSB) hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada IAB untuk cadangan pembinaan dan penyiapan projek pembangunan perniagaan fasa 1b di Bandar Seri Damansara, Selangor.
Projek itu termasuk satu blok pangsapuri servis 55 tingkat termasuk dua tingkat kemudahan dan rooftop garden di Aras 67 dan Aras 68 di Blok A serta blok apartmen servis 55 tingkat termasuk dua tingkat kemudahan dan rooftop garden di Aras 67 dan Aras 68 di Blok B.
“Projek itu adalah untuk tempoh 40 bulan dari tarikh penerimaan LOA sehingga tarikh siap pada 9 Julai, 2028, tertakluk kepada sebarang lanjutan masa operasi di bawah kontrak,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurut LOA berkenaan, TPSB akan mengemukakan bon pelaksanaan sebanyak RM24.73 juta, iaitu lima peratus daripada jumlah kontrak sebagai jaminan untuk pelaksanaan kerja sepatutnya dan wajar.
Taghill Holdings berkata tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2025 dan sepanjang tempoh projek tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial