Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, menjejaki prestasi niaga hadapan serantau bagi komoditi itu selain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran kekal suram di tengah-tengah kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan perang dagangan dan geopolitik yang meruncing.
“Bagaimanapun, penyusutan seterusnya dapat dikekang oleh peningkatan harga minyak serta sentimen optimis berkaitan pemulihan ekonomi China yang disokong oleh langkah-langkah rangsangan,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 4.0 sen kepada 752.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 5.0 sen kepada 625.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial