PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menghadiri majlis sambutan Adilfitri di tiga kementerian, di sini.
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ketibaan Anwar kira-kira 12 tengah hari di Dewan De’Seri Endon, Puspanitapuri disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar kemudiannya menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketibaan beliau pada 12.35 tengah hari disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, timbalannya Datuk Lukanisman Awang Sauni dan Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Suriani Ahmad.
Sebaik tiba, Anwar mengadakan mesyuarat tertutup bersama pengurusan tertinggi KKM selama kira-kira sejam, sebelum menyertai jamuan hari raya kementerian itu.
Selain itu Perdana Menteri turut meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pendidikan dan kehadirannya pada 2.10 petang disambut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta timbalannya Wong Kah Woh.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial