JENAYAH & MAHKAMAH

Jurutera Rugi Lebih RM1.1 Juta Angkara Pelaburan Tidak Wujud

22/04/2025 02:19 PM

KUANTAN, 22 April (Bernama) -- Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 36 tahun, mula melabur pada 3 Dis tahun lepas dan telah melakukan 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun. 

“Mangsa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan untuk melabur. 

“Namun, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM15,032.53, sebelum pentadbir platform itu memberi pelbagai alasan bagi menghalang pengeluaran hasil pelaburan kononnya melebihi RM4 juta,” katanya.

Yahaya berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan