BEIJING, 22 April (Bernama-CMG) -- Mesyuarat pertama Mekanisme Dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan China-Indonesia (2+2) diadakan di sini, pada Isnin.
Menteri Luar China Wang Yi, Menteri Pertahanan China Dong Jun, bersama-sama Menteri Luar Indonesia Sugiono dan Menteri Pertahanan Indonesia Sjafrie Sjamsoeddin mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Wang Yi menyatakan bahawa di bawah bimbingan Presiden Xi Jinping dan Presiden Prabowo, China dan Indonesia menubuhkan dan melancarkan mekanisme dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan, mekanisme "2+2" peringkat menteri pertama yang ditubuhkan China dengan negara luar.
Ia sekali gus memaparkan rasa saling percaya strategik bertaraf tinggi antara kedua-dua negara ini dalam bidang politik, dan memperkaya konotasi komuniti berkongsi nasib China-Indonesia yang mempunyai pengaruh di rantau ini, malah dunia, tambah Wang yi.
Dong Jun berkata China bersedia bersama-sama Indonesia untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, membina corak kerjasama pertahanan dan keselamatan yang mempunyai kesalingpercayaan strategik lebih kukuh, kerangka institusi lebih lengkap, koordinasi lebih tegap, dan kemampuan lebih kuat untuk menghadapi cabaran.
Sugiono menyatakan Indonesia bersedia bersama China untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, meningkatkan pertukaran lawatan di pelbagai peringkat, mempergiat kerjasama saling untung, serta meningkatkan komunikasi dan koordinasi dalam rangka pelbagai hala.
Sjafrie berkata Indonesia bersedia bersama China untuk merapatkan kerjasama dalam sektor pertahanan, keselamatan maritim dan lain-lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial