AM

TPM Ahmad Zahid Kunjung Hormat Prabowo, Akhiri Lawatan Ke Indonesia

22/04/2025 12:13 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia hari ini dengan memfokuskan terhadap kerjasama serantau, inovasi, dan industri halal.

Jadual padat Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan merasmikan majlis pelepasan ASEAN Unity Drive 2025 yang menampilkan Proton e.MAS 7.

Beliau juga akan bertemu dengan Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Profesor Ahmad Haikal Hasan, sebelum mengambil bahagian dalam Mesyuarat Meja Bulat Halal Malaysia-Indonesia untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang halal.

Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Prabowo Subianto untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia erat dan akrab antara Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini pada Isnin, beliau membincangkan hal ehwal halal, tenaga kerja, nelayan, isu serantau dan Palestin semasa pertemuannya dengan Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

Ahmad Zahid dijadual mengadakan sidang media sebelum kembali ke Kuala Lumpur, petang ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan