KUANTAN, 21 April (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia Isnin lepas, di Institut Jantung Negara (IJN).
Ucapan itu disampaikan Speaker DUN Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, yang menyatakan bahawa pentadbiran Allahyarham menyaksikan pelaksanaan pelbagai inisiatif penting termasuk konsep Islam Hadhari serta penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
“Allahyarham telah mengemudi perubahan besar dalam landskap pentadbiran negara, termasuk menyaksikan peralihan pucuk kepimpinan yang telah lama berlangsung. Jasa dan bakti Tun Abdullah akan sentiasa dikenang oleh rakyat tanpa mengira latar belakang politik,” katanya semasa persidangan DUN di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun.
Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Tun Abdullah berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial