AM

Polis Rakam Keterangan Pengawal Keselamatan Lepaskan Tembakan Di Banting

20/04/2025 03:23 PM

SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Polis merakam keterangan pengawal keselamatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian pengawal berkenaan sedang bertugas di Hospital Banting yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Setakat ini polis tidak menahan pengawal keselamatan terbabit dan hanya merakam keterangan berhubung kejadian berkenaan.

"Lelaki warga tempatan yang ditembak dalam kejadian pada petang 19 April itu pula mengalami patah tulang kaki kanan dipercayai akibat terkena tembakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. 

Semalam, tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mengamuk mengacukan parang ke arah beberapa petugas kesihatan sebelum pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan menggunakan senapang patah. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan