JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Pesta Wau Antarabangsa: Laluan Masuk Dan Keluar Diselaraskan Mulai 21 Mei

19/05/2025 09:46 PM

KOTA BHARU, 19 Mei (Bernama) -- Polis akan menyelaras laluan masuk dan keluar bagi melancarkan perjalanan serta memastikan keselamatan pengunjung sempena Pesta Wau Antarabangsa Kelantan ke-42, dari 21 hingga 24 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata hanya satu laluan masuk ke kawasan pesta dibuka, manakala jalan keluar ditetapkan melalui laluan belakang Tadika Azkia dan restoran makanan segera KFC.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan, bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan kelancaran.

“Orang awam disaran menggunakan laluan alternatif yang disyorkan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan dan keselesaan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pesta tahunan yang menghimpunkan peminat wau dari dalam dan luar negara itu dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung ke Pantai Irama, salah satu lokasi pelancongan ikonik di Bachok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan