JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas FRU

13/05/2025 04:19 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi tadi.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.

“Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati,” titah Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi tadi, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah selepas lori FRU dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan