JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Keputusan Peperiksaan STAM 2024 Pada 20 Mei - KPM

13/05/2025 01:44 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 20 Mei ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas, di 132 pusat peperiksaan seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, semua calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula 10 pagi hari berkenaan.

“Bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan keputusan,” menurut kenyataan itu. 

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my, untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula 10 pagi, 20 Mei hingga 6 petang 26 Mei.

Semakan juga oleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diaktifkan dari 10 pagi 20 Mei hingga 6 petang 26 Mei, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan