JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Malaysia Kemuka Resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-paru Pada Perhimpunan Kesihatan Kebangsaan Di Geneva

04/05/2025 02:24 PM

PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia akan mengemukakan resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru ke peringkat global melalui Perhimpunan Kesihatan Kebangsaan ke-78 di Geneva, Switzerland pada bulan ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia kini mendapat sokongan daripada 14 negara, antaranya Rusia dan China. 

“Kita membuat keterlibatan dengan mereka dan negara sebesar Rusia dan China juga bersama kami dalam resolusi itu. Apabila mereka lihat pada hala tuju kami … mereka terpanggil untuk bersama Malaysia,” katanya pada sesi taklimat media berhubung Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025-2030 di sini hari ini.

Malaysia memperkenalkan inisiatif berkenaan untuk memperkukuh aktiviti berkaitan pencegahan, saringan, rawatan dan kawalan penyakit berkaitan paru-paru.

Antara usaha di bawah inisiaitif itu ialah kempen kesedaran awam yang meluas mengenai bahaya merokok dan asap rokok terpakai serta program saringan yang dipertingkatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (Al).

Beliau berharap resolusi dikemuka oleh Malaysia itu akan mendapat sokongan meluas pada WHA  kali ini yang akan diadakan bermula 19 hingga 27 Mei. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan