JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Permintaan Lemah

02/05/2025 09:23 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini walaupun dolar Amerika Syarikat lebih lemah, berikutan permintaan terhadap logam berharga itu semakin berkurangan, kata penganalisis.

Ketika ditutup hari ini, kontrak semerta bulan April turun kepada US$3,274.10 setiap auns troy daripada  US$3,284.30 pada Rabu, manakala Mei 2025 susut kepada US$3,288.10 daripada US$3,293.30 sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 merosot kepada US$3,288.10 setiap auns troy berbanding US$3,311.10 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada 33 lot daripada 53 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 40 kontrak daripada 90 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association (LBMA) pada 1 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,214.75 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan