EKONOMI > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH SIKIT DALAM PERSEKITARAN PASARAN TIDAK BANYAK BERUBAH

16/05/2025 07:06 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup sedikit rendah seiring dengan prestasi lemah indeks serantau utama berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan memandangkan pasaran kekal berada dalam mod yang tidak banyak berubah, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.27 mata mewakili 0.08 peratus kepada 1,571.75 berbanding 1,573.02 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras dibuka 2.58 mata lebih tinggi pada 1,575.60 dan meningkat kepada 1,580.06 pada dagangan awal sebelum menyusut kepada 1,568.70 selepas sesi tengah hari.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 613 berbanding 380, manakala 481 kaunter tidak berubah, 922 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.91 bilion unit bernilai RM2.16 bilion berbanding 3.71 bilion unit bernilai RM2.74 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras memasuki mod tidak banyak berubah jangka pendek selepas kenaikan ketara pada awal minggu.

"Bagaimanapun, kami kekal optimis apabila melihat aliran masuk dana global ke rantau ini semakin meningkat dan Malaysia akan mendapat manfaat limpahan daripada trend ini," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pelabur kekal berhati-hati, khususnya dalam sektor kitaran yang lebih sensitif terhadap unjuran makroekonomi susulan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia hari ini.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 4.2 peratus pada suku yang sama tahun lepas, didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan hasil sokongan pasaran buruh yang kukuh dan dasar kerajaan yang menggalakkan.

“Ini menunjukkan senario pertumbuhan ekonomi yang sederhana, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan,” kata Mohd Sedek.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.14, CIMB menambah dua sen kepada RM7.18, Tenaga Nasional kekal tidak berubah pada RM14.20, manakala IHH Healthcare susut dua sen kepada RM7.01, dan Public Bank turun satu sen kepada RM4.50.

Bagi saham aktif, NexG dan Magma masing-masing naik 1.5 sen kepada 37.5 sen dan 41.5 sen, West River menokok setengah sen kepada 36 sen, Ekovest kekal pada 39 sen, manakala Tanco meningkat satu sen kepada 94.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 27.97 mata kepada 11,746.04, Indeks FBMT 100 susut 26.88 mata kepada 11,472.70, dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 44.44 mata kepada 11,674.18.

Indeks FBM 70 susut 108.77 mata kepada 16,702.41 dan Indeks FBM ACE turun 9.28 mata kepada 4,765.86.

Di seluruh sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mencatatkan 17.16 mata kepada 18,487.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.11 mata kepada 159.68, Indeks Tenaga susut 7.96 mata kepada 729.38, dan Indeks Perladangan susut 2.515 mata kepada 7,385.59.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.40 bilion unit bernilai RM1.90 bilion berbanding 1.82 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.09 bilion unit bernilai RM134.46 juta daripada 1.35 bilion unit bernilai RM172.47 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 415.63 juta unit bernilai RM123.51 juta berbanding 537.16 juta unit bernilai RM169.20 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 226.28 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (243.44 juta), pembinaan (132.94 juta), teknologi (200.41 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (60.31 juta), hartanah (172.36 juta), perladangan (24.60 juta), REIT (14.11 juta), dana tertutup (19,800), tenaga (127.58 juta), penjagaan kesihatan (63.27 juta), telekomunikasi dan media (55.92 juta), pengangkutan dan logistik (38.39 juta), utiliti (41.66 juta), dan amanah perniagaan (151,000).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan