KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) secara rasminya membuka pencalonan bagi Anugerah Kecemerlangan Digital PIKOM (PDEA) 2025.
Pengerusi PIKOM Alex Liew menggesa calon-calon yang layak untuk tampil ke hadapan dan menonjolkan pencapaian mereka bagi menyertai barisan elit digital Malaysia.
"Anugerah ini bukan sekadar pengiktiran, tetapi ia mengesahkan kuasa transformasi inovator digital Malaysia.
"Mendapat pengiktirafan di PDEA boleh menjadi pencapaian penting dalam kerjaya atau syarikat, yang membuka peluang baharu, membina kredibiliti dan memperluas pengaruh," katanya ketika pelancaran PDEA 2025.
Kriteria terperinci dan garis panduan penghantaran boleh didapati di https://pikom.org.my/pdea, katanya.
PDEA 2025, yang merupakan platform utama Malaysia bagi pengiktirafan kecemerlangan dalam inovasi dan kepimpinan digital, akan berlangsung pada 10 September.
Anugerah ini memberikan pengiktirafan dan pendedahan yang tiada tandingan, sekali gus meningkatkan profil pemenang di mata pelanggan, rakan kongsi, pelabur, dan seluruh ekosistem digital.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PIKOM Ong Kian Yew berkata walaupun PDEA 2025 mengekalkan objektif terasnya, ia turut memperkenalkan kategori anugerah baharu dalam bidang pertumbuhan utama seperti keselamatan siber, teknologi kewangan, runcit dan e-dagang, infrastruktur digital, serta perkhidmatan awan.
Selain itu, akan terdapat empat kategori untuk individu, termasuk tokoh teknologi, ketua pegawai maklumat (CIO), pemimpin wanita dalam teknologi, dan usahawan teknologi.
“Kriteria utama termasuk pertumbuhan hasil, keuntungan, kepimpinan, visi strategik, pengembangan pasaran, dan impak syarikat. Calon akan disenarai pendek oleh Jawatankuasa Penilaian dan diaudit oleh Russell Bedford serta juruaudit PIKOM. Panel hakim akan terdiri daripada pemimpin industri yang dihormati,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial