EKONOMI > BERITA

PM ANWAR SERU SEMUA PIHAK TANGGUH TINDAKAN, KELUAR KENYATAAN ISU PETRONAS-PETROS

04/05/2025 10:48 AM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.

Anwar berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan urusan Petronas-Petros sekembalinya Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak.

“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan