EKONOMI > BERITA

MDV PERKASAKAN INOVASI TEKNOLOGI MALAYSIA MENERUSI PEMBIAYAAN LEBIH RM13 BILION

30/04/2025 09:34 PM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) telah muncul sebagai pemboleh utama agenda inovasi dan transformasi digital negara dengan lebih RM13 bilion disalurkan kepada lebih 1,000 projek berimpak tinggi, dipacu teknologi.

Disokong oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan beroperasi di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MDV terus memainkan peranan penting dalam menyediakan pembiayaan masa depan ekonomi digital Malaysia.

“Fokusnya merangkumi sektor strategik seperti teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi hijau, bioteknologi, strategik dan teknologi baharu muncul serta syarikat pemula syarikat baharu mendorong penerokaan baharu di Malaysia. 

“Melalui sokongan kewangan strategik dan akses kepada sumber/perkhidmatan kritikal, MDV memperkasakan perusahaan teknologi yang berpotensi untuk berinovasi dan berkembang maju, menyemarakkan aspirasi Malaysia menjadi hab digital dan inovasi terkemuka,” kata MDV kepada Bernama.

 

Sokongan kewangan MDV terbukti bejaya

Impak terbukti institusi pembiayaan itu sudah terbukti, di mana dalam sektor elektronik diperbaharui, CompAsia Sdn Bhd, disokong oleh MDV telah memproses lebih 2.1 juta peranti mudah alih terpakai antara 2019 dan 2022, mengurangkan 420 tan sisa elektronik dan 181,000 tan pelepasan karbon, dan memulihara 46 bilion gelen air.

MDV menekankan bahawa keputusan itu menyumbang dengan ketara kepada ekonomi digital negara lebih hijau dan lebih ekonomi digital kitaran.

Sementara itu, dalam ruang lingkup teknologi hijau, Concord Green Energy Sdn Bhd telah membangunkan Loji Biogas Lepar Hilir yang memenangi anugerah dengan sokongan kewangan MDV.

MDV berkata kemudahan itu memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar dengan tenaga boleh baharu, membantu mengurangkan lebih 40,000 tan pelepasan karbon setiap tahun.

"Malaysia mempunyai bakat (pekerja berkemahiran), cita-cita dan idea, bagaimapun ‘innovation does not fund itself’ (ia tidak berlaku sekiranya tiada usaha untuk merealisasikannya).

“Dengan merapatkan jurang pembiayaan untuk industri berisiko tinggi, ganjaran tinggi, MDV memastikan Malaysia tidak hanya mengikuti arah aliran global, ia menjadi pemimpin (peneraju),” kata MDV.

 

Strategi Pembiayaan Sejajar Dengan Aspirasi Ekonomi Negara

Strategi pembiayaan MDV sejajar rapat dengan aspirasi ekonomi negara, menawarkan pembiayaan yang disesuaikan untuk setiap peringkat pertumbuhan, daripada syarikat permulaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada projek berskala besar.

MDV’s financing strategies aligned closely with the country’s economic aspirations, offering tailored funding for every growth stage, from start-ups and small and medium enterprises (SMEs) to large-scale projects.

Kerjanya secara langsung menyokong keutamaan negara, daripada transformasi digital kepada peralihan tenaga, mengukuhkan daya saing jangka panjang negara.

Antara kisah kejayaan yang menonjol ialah LiveIn Sdn Bhd, perintis dalam sektor PropTech, ruang kediaman bersama yang mampu milik dan fleksibel untuk pelajar dan profesional muda, diwujudkan melalui sokongan MDV telah mengubah penyelesaian perumahan bandar dengan model berfokuskan komuniti.

Dalam teknologi kewangan, MDV telah membantu memacu kemunculan platform pembiayaan alternatif seperti CapBay dan Funding Societies Malaysia.

Platform ini telah membuka peluang baharu untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan rantaian bekalan dan penyelesaian pinjaman rakan setara, memacu pertumbuhan dalam pasaran yang tidak mendapat kemudahan tersebut.

“Khususnya CapBay, ia telah membayar lebih RM2 bilion kepada lebih 400 PKS, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dalam pasaran yang tidak mendapat kemudahan tersebut (pembiayaan) dan memperkasakan perniagaan.

“Sementara itu, Funding Societies telah menyalurkan lebih RM18 bilion (US$4 bilion) dalam pembiayaan perniagaan di peringkat serantau, memberi perkhidmatan kepada kira-kira 100,000 PKS dan mencapai lebih RM6 bilion (US$1.4 bilion) dalam nilai urus niaga kasar tahunan sejak memasuki ruang pembayaran (kemudahan pembiayaan) pada 2022,” kata MDV.

Ia berkata Funding Societies  menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan kepada PKS termasuk pembiayaan mikro sehingga RM200,000 dan pembiayaan jangka perniagaan sehingga RM500,000, menyumbang kepada pertumbuhan PKS di Malaysia.

 

Portfolio Pembiayaan

Berbeza daripada pemberi pinjaman konvensional, MDV beroperasi sebagai rakan kongsi strategik, menilai bukan sahaja risiko tetapi juga individu, teknologi dan potensi yang memacu perniagaan yang dibiayainya.

“Menerusi pasukannya yang mahir dalam mengenal pasti trend baharu muncul, menilai teknologi dan menjejaki evolusi pasaran, pendekatan MDV melangkaui analisis kewangan.

"Ia memastikan bahawa keputusan pembiayaan menyumbang kepada matlamat jangka panjang negara seperti transformasi digital dan peralihan tenaga," katanya.

Portfolio pilihan pendanaan MDV termasuk hutang teroka untuk syarikat baharu yang mahu berkembang, pada masa sama meminimumkan pencairan ekuiti, pembiayaan projek untuk inisiatif seperti tenaga boleh baharu dan infrastruktur digital serta pembiayaan kontrak untuk PKS yang melaksanakan komitmen berskala besar.

“Apabila industri berkembang dan cabaran baharu muncul, MDV kekal komited untuk memperkasakan generasi inovator teknologi seterusnya.

"Membiayai masa depan bukan hanya untuk membiayai perniagaan; ia adalah mengenai membina Malaysia yang lebih kukuh dan berdaya tahan," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja yang MDV lakukan dan tawarkan, lawati www.mdv.com.my dan teroka bagaimana ia memacu inovasi ke hadapan.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan dan pendapat dibawa dalam artikel tersebut.


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan