KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM31.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.02 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik iaitu bernilai RM2.8 bilion selama tujuh hari dan RM1.0 bilion untuk 91 hari.
Bank pusat juga akan menawarkan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM280 juta bagi tujuh hari dan RM350 juta untuk 91 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM35.3 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM23.7 bilion.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial