KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Astro memperkukuh kedudukannya dengan pelancaran kempen BIZone Rewards, inisiatif yang dikhususkan untuk membantu outlet makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih menarik sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan serta menaikkan imej dan nilai jenama mereka.
Ketua Bahagian Segmen Korporat dan Perkhidmatan Jalur Lebar Astro Tan Sian Tuang berkata kempen ganjaran itu terbuka kepada semua outlet F&B dan komersial yang mendaftar, membaharui atau menaik taraf pek BIZone TV sepanjang tempoh kempen bermula pada 7 April sehingga 17 Oktober tahun ini.
“Sebanyak 200 outlet F&B akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima sebahagian dari dana bantuan pemasaran bernilai RM3 juta; dengan pemilihan pemenang dilakukan setiap bulan menerusi cabutan oleh wakil Astro,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pada 2024, Astro telah melancarkan BIZone, pek ringkas untuk outlet F&B dalam menggalakkan pertumbuhan outlet berkenaan dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan bantuan pemasaran khas bernilai RM3 juta.
BIZone mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan peningkatan tahunan jumlah pelanggan sebanyak 34 peratus jauh mengatasi jangkaan awal sebanyak lima peratus setahun.
Dengan potensi pasaran sebanyak 14,000 unit, BIZone semakin meraih perhatian dan pertumbuhan dalam pemerolehan pelanggan turut meningkatkan nilainya sebagai solusi bagi perniagaan F&B dan komersil di seluruh Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai BIZone Rewards, Tan berkata outlet yang terpilih berpeluang untuk menerima bantuan pemasaran seperti pesta menonton iaitu siaran langsung tayangan sukan yang dibiayai sepenuhnya untuk pelanggan selain sesi ramah mesra iaitu penampilan selebriti atau pempengaruh terkenal.
“Selain itu, dari segi promosi makanan, kempen ini turut merangkumi kandungan eksklusif yang dihasilkan oleh pempengaruh makanan terkenal dan personaliti media sosial, serta iklan radio Astro untuk outlet pilihan pelanggan yang menyasarkan jutaan pendengar bagi membina kepercayaan dalam setiap segmen pendengar.
“Turut ditawarkan ialah iklan di ruang televisyen Astro untuk outlet pilihan, dengan liputan khas menerusi Buletin Awani atau program Borak SeeNi, sekali gus meningkatkan jangkauan tontonan segenap lapisan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, kempen ganjaran itu menyediakan keperluan pemasaran strategik bagi menarik lebih ramai pelanggan dan memacu pertumbuhan perniagaan.
Selain itu, Tan berkata dengan sokongan pemasaran berjumlah RM3 juta dan hanya sedikit penyesuaian, BIZone berupaya membantu pertubuhan komersial mengoptimumkan potensi mereka melalui penggunaan hiburan pintar.
“Menerusi kempen ini, pihak kami berhasrat untuk melihat setiap premis F&B memanfaatkan strategi pemasaran yang tersusun bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.
“BIZone bukan sekadar hiburan – ia adalah penggandaan perniagaan yang berkuasa yang mampu memberi nilai sebenar dengan setiap kehadiran pelanggan, meningkatkan penglibatan pelanggan, dan meningkatkan nilai jenama sekali gus membantu perniagaan untuk terus berkembang memacu ekonomi Malaysia,” katanya.
BIZone turut menawarkan rangkaian penuh liputan siaran langsung sukan dan kandungan hiburan, merangkumi acara-acara sukan utama seperti Liga Perdana Inggeris, Kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP Grand Prix, perlawanan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), kriket dan tenis, selain 25 saluran tambahan yang turut menampilkan pelbagai kandungan bukan sukan.
Ia juga menawarkan harga langganan yang berpatutan sesuai dengan keperluan perniagaan dan kapasiti pelanggan.
Sebagai pelanggan BIZone, semua outlet F&B akan mendapat kit permulaan, barangan pemasaran dan juga alatan berjenama yang direka untuk melonjakkan lagi keterlihatan jenama mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat kempen Bizone Rewards, sila layari https://biz.astro.com.my/bizone-rewards, whatsApp AstroBIZ di talian +60395447566 atau emel kepada astrobusinesssupport@astro.com.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial