EKONOMI > BERITA

MASKARGO, QATAR AIRWAYS CARGO, IAG CARGO CADANG USAHA SAMA NIAGA GLOBAL

22/04/2025 06:30 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) merancang melancarkan usaha sama kargo global dengan Qatar Airways Cargo dan IAG Cargo.

Dalam satu kenyataan hari ini, MASkargo, cabang kargo Malaysia Aviation Group Bhd berkata syarikat penerbangan itu menjangka untuk melaksanakan perjanjian usaha niaga itu dalam masa terdekat, bergantung kepada kelulusan kawal selia yang diperlukan.

Ia berkata kerjasama strategik itu akan menyatukan kepakaran dan infrastruktur tiga pemain terkemuka dalam industri kargo udara dan bertujuan untuk mewujudkan faedah pelanggan yang ditingkatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mark Jason Thomas berkata dengan memanfaatkan gabungan kekuatan dan kepakaran mereka usahasama ini akan menyediakan tawaran perkhidmatan yang dipertingkatkan, jangkauan global yang diperluas dan penyelesaian termaju bagi menangani keperluan pasaran global yang semakin berkembang.

"Di samping itu, ia memastikan kecekapan dan ketersambungan yang lebih baik untuk rakan kongsi dan pelanggan kami," katanya.

Dengan menggabungkan sumber mereka, MASkargo, Qatar Airways Cargo, dan IAG Cargo merancang untuk membina rangkaian kargo yang benar-benar terhubung dan lebih cekap yang akan memenuhi keperluan perdagangan dan logistik global yang semakin berkembang, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan