KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Gunung Everest mencatatkan lonjakan bersejarah dalam kejayaan pendakian pada Ahad apabila seramai 135 pendaki berjaya menjejakkan kaki di puncak tertinggi dunia itu, menjadikannya antara hari paling padat bagi musim pendakian musim bunga tahun ini.
Jabatan Pelancongan Nepal menyifatkan jumlah itu sebagai sangat tinggi, dengan semua 135 pendaki berjaya sampai ke puncak.
Pengarah Jabatan Pelancongan Himal Gautam berkata cuaca yang baik telah membolehkan jumlah pendakian yang tinggi, dan lebih ramai pendaki dijangka mencapai puncak pada Isnin.
"18 Mei ini ditetapkan sebagai 'pelan puncak maksimum,' iaitu bilangan pendakian berjaya yang tinggi.
"Walaupun terdapat kelewatan awal disebabkan cuaca buruk, tiga hari kebelakangan ini mencatatkan aktiviti pendakian tertinggi bagi musim ini," kata Gautam seperti dipetik oleh The Himalayan Times.
Sehingga kini, lebih 200 pendaki telah berjaya sampai ke puncak Gunung Everest setakat musim ini, dengan aktiviti pendakian paling aktif direkodkan dalam tempoh tiga hari lalu.
Pada musim bunga ini, seramai 468 pendaki - 86 wanita dan 382 lelaki - daripada 47 pasukan ekspedisi telah menerima permit untuk mencuba pendakian ke puncak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial