ANKARA, 14 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan pertemuan sulung dengan rakan sejawatnya dari Syria, Ahmad al-Sharaa di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Rumah Putih dan media Arab Saudi melaporkan mengenai pertemuan itu namun tiada butiran lanjut mengenai kandungannya didedahkan setakat ini.
Seorang pegawai Rumah Putih sebelum ini berkata Trump bersetuju untuk bertemu al-Sharaa semasa lawatannya ke Arab Saudi pada Rabu.
Pada Selasa, Trump ketika Forum Pelaburan Arab Saudi-AS 2025 di Riyadh berkata beliau akan mengarahkan penghapusan sekatan AS ke atas Syria yang disifatkannya sebagai “kejam dan melumpuhkan”, bagi memberi peluang kepada negara itu “meraih kegemilangan.”
Trump tiba di Arab Saudi pada Selasa, memulakan lawatan ke negara Teluk yang turut merangkumi Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial