DUNIA > BERITA

MENTERI LUAR MALAYSIA, PAKISTAN BINCANG KETEGANGAN DI ASIA SELATAN

04/05/2025 08:14 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 4 Mei (Bernama) -- Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari Pakistan Mohammad Ishaq Dar untuk membincangkan situasi tegang di Asia Selatan.

Dar, yang juga Timbalan Perdana Menteri Pakistan memaklumkan kepada Mohamad mengenai “perkembangan semasa serantau” dan ketegangan dengan India, menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hubungan antara India dan Pakistan merosot susulan serangan pengganas di wilayah Kashmir yang ditadbir India pada 22 April lepas.

Antara isu lain yang dibangkitkan, Pakistan memaklumkan Malaysia mengenai keputusan unilateral India untuk menggantung pelaksanaan Perjanjian Air Indus 1960.

Menteri Luar Malaysia menyeru agar semua pihak menahan diri sementara Dar menekankan komitmen Pakistan terhadap keamanan dan keselamatan serantau, menurut Kementerian Luar Pakistan.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dijadualkan melawat Malaysia minggu depan.

Malaysia dan Pakistan akan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala merentas pelbagai sektor, termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan