ISTANBUL/ANKARA, 3 Mei (Bernama-Anadolu) -- Bekas Perdana Menteri Tunisia merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Ennahda, Ali Laarayedh dijatuhi hukuman penjara 34 tahun atas pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan media pada Sabtu.
Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, yang memetik sumber kehakiman melaporkan bahawa Laarayedh bersama lapan tertuduh lain didakwa atas kesalahan membantu penubuhan kumpulan pengganas, menyertai kumpulan berkenaan dalam negara serta memudahkan perjalanan belia Tunisia ke luar negara untuk menyertai kumpulan pengganas.
Kes berkenaan dikenali sebagai “perbicaraan pemerdagangan manusia.”
Kesemua tertuduh dijatuhi hukuman penjara antara 18 hingga 36 tahun kerana didakwa memperdagangkan individu ke wilayah yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial