DUNIA > BERITA

PRESIDEN TURKIYE DESAK KETEGANGAN ANTARA PAKISTAN, INDIA DIREDAKAN

29/04/2025 12:19 PM

ISTANBUL, 29 April (Bernama-Anadolu) -- Presiden Turkiye pada Isnin menggesa agar ketegangan antara Pakistan dan India segera diredakan, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami mahu ketegangan yang semakin memuncak antara Pakistan dan India diredakan secepat mungkin sebelum ia berkembang menjadi situasi yang lebih serius.

"Turkiye sentiasa menegaskan bahawa kami tidak mahu konflik baharu tercetus di rantau ini mahupun di luar wilayah kami," kata Recep Tayyip Erdogan selepas mesyuarat Kabinet di ibu negara, Ankara.

Sementara itu, Erdogan turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Iran yang terkorban dalam insiden letupan di sebuah pelabuhan berhampiran Bandar Abbas.

-- BERNAMA-ANADOLU


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan