DUNIA > BERITA

GEMPA BUMI BERUKURAN 5.6 MAGNITUD LANDA TIMUR AFGHANISTAN

16/04/2025 03:39 PM

KABUL, 16 April (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan pada pagi Rabu, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menurut Xinhua.

Menurut USGS, gempa bumi melanda Parun City, ibu negeri wilayah Nuristan, pada 3:43 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak pada kedudukan 35.95 darjah latitud utara dan 70.56 darjah longitud timur, dengan kedalaman 99 km.

Nuristan ialah wilayah terpencil dan bergunung-ganang yang bersempadan dengan Pakistan. Disebabkan akses terhad kepada Internet dan telekomunikasi, masih tiada laporan mengenai mangsa dan kerosakan akibat bencana itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan