DUNIA > BERITA

PERTUKARAN SOSIOBUDAYA "BERGANDING BAHU PERJUANGKAN KEMAKMURAN BERSAMA" CHINA-MALAYSIA

16/04/2025 03:08 PM

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama-CMG) -- China dan Malaysia telah melaksanakan kolaborasi dalam bidang media arus perdana sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan menumpu pada perhatian bersama rakyat kedua-dua pihak, misalnya berjaya melancarkan program "Cerita Antara Kita", "Edisi Asia" dan "Agenda Asia".

Demikian dinyatakan Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong dalam aktiviti pertukaran sosiobudaya "Berganding Bahu Perjuangkan Kemakmuran Bersama" China-Malaysia yang diadakan di sini pada Selasa.

Shen yang juga merupakan Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menambah, CMG bersedia berganding bahu dengan rakan-rakan Malaysia, membuka lembaran baharu dalam pertukaran sosiobudaya, dan menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia di tahap yang baharu.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Chang Lih Kang menyifatkan CMG sebagai jambatan penting yang berperanan menggalakkan pertukaran persahabatan dan peningkatan persefahaman dalam kalangan rakyat, dan yakin kerjasama dalam pelbagai bidang boleh membantu memupuk silaturahim antara rakyat kedua-dua negara, mendorong perkembangan mantap hubungan bilateral, serta terus menyuburkan persahabatan tradisional.

Seterusnya sesi promosi "Melancong ke China Mengikut Adegan Filem" untuk Malaysia turut dirasmikan dalam aktiviti tersebut, dan kempen jelajah yang bermodelkan "filem+pelancongan" itu dilihat boleh memberi pendedahan lebih banyak kepada rakyat Malaysia untuk mengenali sejarah, budaya dan pemandangan di tanah China.

Di samping itu, pelbagai projek kolaborasi antara CMG dengan RTM, Bernama, dan Astro Awani untuk pusingan baharu juga ditandatangani.

Turut hadir, lebih 200 tetamu daripada kalangan politik, ekonomi, kebudayaan dan media termasuk Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Teo Nie Ching, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Manoharan Periasamy, dan Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China Datuk Abdul Majid Ahmad Khan.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan