DUNIA > BERITA

TAPAK PEMBINAAN TEROWONG DI GWANGMYEONG RUNTUH, 2 PEKERJA MASIH HILANG

11/04/2025 05:49 PM

SEOUL, 11 April (Bernama-Yonhap) -- Seramai dua orang pekerja gagal dikesan selepas tapak pembinaan terowong yang terletak di Gwangmyeong, Korea Selatan runtuh pada Jumaat, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa.

Tapak itu telah dikosongkan lebih awal pada hari yang sama selepas pihak berkuasa dimaklumkan mengenai risiko runtuhan ekoran penemuan rekahan pada beberapa tiang sokongan yang digunakan dalam pembinaan terowong bawah tanah itu.

Kejadian berlaku pada 3.17 petang (waktu tempatan) mengakibatkan sebahagian struktur terowong dan jalan runtuh, di samping turut merosakkan beberapa bangunan berhampiran.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan