NEW YORK, 7 April (Bernama-WAFA) -- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bekalan bantuan kemanusiaan di Genting Gaza semakin berkurangan ke tahap berbahaya, dengan situasi di wilayah itu semakin merosot dengan cepat, dan menggesa agar sekatan Israel ditamatkan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, UNRWA berkata lebih sebulan telah berlalu sejak Israel menyekat kemasukan bekalan kemanusiaan dan komersial ke Gaza.
Agensi itu menegaskan pasukannya terus menyalurkan bantuan menggunakan sumber terhad yang ada, namun memberi amaran bahawa stok bekalan semakin kehabisan dan keadaan semakin meruncing.
UNRWA menggesa sekatan Israel ditamatkan segera dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu disambung semula tanpa berlengah, tambah UNRWA.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial