AM > BERITA

Lazada Sedia Untuk Jualan Super Wow 6.6 Dengan Diskaun Besar, Baucar Dan Tawaran Harian RM16

21/05/2025 11:06 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Lazada Malaysia mengumumkan enam strategi utama beli-belah menjelang kempen 6.6 Super Wow Sale yang bakal bermula 8 malam 31 Mei.

Lazada dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kempen pertengahan tahun yang berlangsung sehingga 8 Jun itu, dijangka menjadi antara acara e-dagang terbesar mereka, menawarkan diskaun besar-besaran, tawaran khas masa terhad dan baucar eksklusif dalam pelbagai kategori.

Untuk membantu pengguna membeli dengan lebih bijak serta mengelakkan kesesakan trafik ketika jualan berlangsung, Lazada menggalakkan pembelian awal melalui ciri ‘Chup Dulu’, yang membolehkan pelanggan menempah barangan diskaun lebih awal dan menyelesaikan pembelian mereka mulai 1 Jun.

Platform ini turut memperkenalkan beberapa slot Crazy Brand Mega Offer sepanjang kempen, dengan pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 90 peratus termasuk dari 8 malam hingga 2 pagi pada 31 Mei, serta beberapa slot khas lain awal Jun.

“Terdapat juga promosi awal pagi dari 7 pagi hingga 10 pagi dan jualan Happy Hour setiap hari dari 2 petang hingga 5 petang,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pengguna digalakkan untuk mengumpulkan baucar melalui Voucher Centre dalam aplikasi Lazada, dengan diskaun di keseluruhan platform sehingga RM1,000 dan insentif penghantaran percuma. Pelbagai jenama yang turut serta dijangka menawarkan baucar boleh dihimpunkan sehingga 70 peratus, membolehkan pembeli memaksimumkan jumlah penjimatan semasa membuat pembayaran.

Menurut kenyataan Lazada dari 2 hingga 5 Jun, kempen akan menampilkan acara beli-belah bertema seperti LazMart Day untuk barangan runcit dan keperluan rumah, LazGadgets untuk produk teknnologi, Home & Lifestyle untuk kelengkapan rumah dan penjagaan diri, dan Style & Glow untuk barangan kecantikan dan fesyen, yang setiap tema hanya memberikan tawaran khas untuk satu hari sahaja.

“Pembeli boleh menantikan promosi yang paling menarik iaitu RM16 All Out Deals yang menawarkan produk terpilih daripada lebih 30 jenama pada harga tetap RM16. Tawaran ini akan dilancarkan setiap hari pada 3 petang dan 9 malam sepanjang tempoh kempen dan akan tersedia dalam kuantiti terhad berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat,” menurut kenyataan itu.

Sebagai tambahan, Lazada juga mempromosikan 6.6 Match and Win Carnival iaitu kempen interaktif dalam talian yang menawarkan baucar harian dan peluang untuk memenangai hadiah utama daripada jenama terkenal seperti Apple, Dyson, Estee lauder, La Mer dan banyak lagi.

Pengguna boleh menyertai dengan mencari laman mikro permainan  menerusi Google dan berkongsi keputusan permainan mereka di TikTok menggunakan tanda pagar #LazadaMy dan #Lazada66MatchAnd Win, dan pemenang akan diumumkan semasa sesi LazLive pada 8 malam 6 Jun.

Selain itu, bagi menyokong keyakinan pengguna, Lazada juga memperkukuh polisi pemulangan dan bayaran baliknya, termasuk opsyen tukar fikiran untuk kebanyakan kategori, serta perkhidmatan ambilan dan penghantaran pulangan percuma melalui aplikasi Lazada.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari aplikasi Lazada atau mengikuti perkembangan di media sosial dengan tanda pagar #LazadaMy.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan