AM > BERITA

Belia Perlu Terus Berinovasi, Sumbang Kepada Pembangunan Negara - Fahmi

15/05/2025 03:09 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Para belia digesa supaya terus berusaha, berinovasi serta menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih gemilang, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini kerana belia adalah pemimpin masa depan dan pemangkin perubahan hari ini.

“Hari ini kita meraikan semangat, tenaga dan potensi luar biasa golongan belia - tonggak harapan negara.

“Jadilah belia yang berilmu, berintegriti dan berani mencipta perubahan positif. Selamat Hari Belia Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sambutan Hari Belia Negara pada setiap 15 Mei dipenuhi dengan pelbagai pengisian di seluruh negara, dengan ‘Yakin Boleh’ dipilih sebagai tema tahun ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan