AM > BERITA

10 Projek Kampung Angkat MADANI KPKT Siap, Manfaat Kepada Lebih 8,000 Penduduk

10/05/2025 03:20 PM

TELUK INTAN, 10 Mei (Bernama) -- Sepuluh projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) siap dibina dan memberi manfaat kepada kira-kira 8,670 penduduk di Kampung Bahagia di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata RM2.5 juta telah diperuntukan bagi bagi 10 projek menaik taraf kemudahan asas itu, termasuk dewan komuniti dan tempat pembuangan sampah di kampung tersebut yang siap sepenuhnya pada 31 Mac lepas.

“Projek lain adalah menaik taraf jeti nelayan sebanyak RM667,000, menaik taraf gelanggang futsal (RM697,000), pengindahan Geghotak Bahagia (RM 480,000), naik taraf sistem pengairan dan saliran (RM200,000) dan baik pulih landskap (RM200,000). 

“Selain itu, pembinaan mercu tanda (RM96,000) serta menaik taraf pusat pengumpulan sampah (Pembinaan Pusat Sisa Lestari) sebanyak RM70,000,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI hari ini.

Beliau berkata Perbadanan PR1MA Malaysia melalui pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat pula telah menyumbangkan sebanyak RM91,810 kepada satu daripada projek Kampung Angkat MADANI KPKT.

“Ia merangkumi membaik pulih bumbung, tiang ‘galvanized’ dan pemasangan susur tangan di Jeti Nelayan Kampung Bahagia yang memberikan manfaat kepada komuniti nelayan di sini, selain berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui sektor perikanan dan industri pelancongan desa.

“Jeti ini akan memberi manfaat kepada 76 nelayan di Kampung Bahagia dan terdapat satu pembinaan jambatan baharu di bawah Kementerian Kerja Raya yang akan dibina bagi menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan bandar,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan