AM > BERITA

YSIJ Sumbang "Smart TV" Bantu Perkembangan Pendidikan Di Johor

07/05/2025 08:25 PM

JOHOR BAHRU, 7 Mei (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyumbangkan televisyen pintar (smart tv) kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mersing dan Pasir Gudang. 

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan berkenaan dilakukan atas komitmen YSIJ dalam membantu sistem pendidikan di Johor.

Sumbangan televisyen itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi Miswam Yunus yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri sebelum diserahkan kepada wakil PPD.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Azman Safii berkata sumbangan televisyen berkenaan memberikan manfaat yang optimum kepada warga pendidik dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Sumbangan ini melengkapkan sistem pembelajaran secara dalam talian yang telah dibangunkan, dengan maklumat pendidikan dapat diakses hanya di hujung jari,” katanya. 

Turut berlangsung serahan sumbangan bakul makanan kepada 400 keluarga asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, Kota Tinggi yang merupakan satu usaha bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan