AM > BERITA

Kelantan Beri Rumah Dhuafa Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Kijang

06/05/2025 07:08 PM

KOTA BHARU, 6 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memberi Rumah Dhuafa kepada mangsa kebakaran melibatkan lapan keluarga di Kampung Kijang, di sini, pada 28 April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata rumah berkenaan akan diberi secara percuma sekiranya mangsa terlibat memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan. 

Beliau berkata kriteria ditetapkan ialah penerima tergolong dalam kalangan berpendapatan rendah (B40), asnaf dan keluarga miskin.

"Kita percaya mereka yang terlibat baru-baru ini adalah keluarga miskin. Buat sementara waktu ini kerajaan negeri telah menyediakan rumah sewa yang akan ditanggung sekitar tiga hingga empat bulan.

"Pemberian Rumah Dhuafa akan diuruskan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kijang,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Malaysia Book Of Records kepada Renai Hotel di sini hari ini.

Pada 28 April lepas, media melaporkan 31 mangsa daripada lapan keluarga hilang tempat tinggal selepas lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kijang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan