AM > BERITA

Tukang Jahit Tidak Sangka Jadi 'Jutawan Segera' Menerusi BSN SSP

24/04/2025 05:41 PM

KOTA BHARU, 24 April (Bernama) -- Seorang tukang jahit dari Kampung Chempaka di sini, Roswani Ismail, 56, tidak menyangka akan bergelar ‘jutawan segera’ apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) ke-110.

Roswani berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai BSN pada hari keempat sambutan Aidilfitri, 3 April lalu, yang memaklumkan bahawa beliau terpilih sebagai pemenang cabutan BSN SSP bernilai RM1 juta.

“Pada mulanya saya tidak percaya, tetapi pegawai itu berusaha meyakinkan saya dan meminta saya hadir ke pejabat BSN. Alhamdulillah, memang sah saya yang terpilih.

“Wang kemenangan ini akan terus saya simpan dalam akaun BSN SSP kerana ingin menggandakan lagi simpanan untuk masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut Roswani, beliau mula menyimpan dalam akaun BSN sejak lebih 20 tahun lalu dan beralih kepada BSN SSP sejak tiga tahun kebelakangan ini demi menjamin masa depan yang lebih teratur.

“Menyimpan dalam BSN SSP menjadikan saya lebih berdisiplin. Kalau simpan dalam akaun biasa, duit mudah dikeluarkan. Tapi dengan BSN SSP, niat memang untuk simpanan jangka panjang, jadi kita lebih berhati-hati,” katanya.

Roswani berkata sumber simpanannya adalah daripada hasil upah menjahit dan wang simpanan semasa bekerja sebagai jurujual di sebuah butik, dengan jumlah simpanan antara RM100 sebulan atau lebih, bergantung kepada kemampuan.

Katanya beliau bercadang menunaikan umrah bersama adik-beradik yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, selain bersedekah daripada rezeki yang dimiliki.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada BSN kerana menyediakan peluang seperti ini kepada penyimpan.

“Nasihat saya kepada semua, teruskan menyimpan secara konsisten kerana peluang sentiasa ada dan simpanan ini juga untuk masa depan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan