AM > BERITA

Lafaz Ikrar Rukun Negara Di Persidangan DUN Perlis Hari Ini

23/04/2025 01:01 PM

KANGAR, 23 April (Bernama) -- Ikrar Rukun Negara dilafazkan buat kali pertama pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Lafaz ikrar itu diketuai Penolong Setiausaha DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Mohd Anwar Sahul Hameed.

Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan berkata Perlis menerima surat daripada Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang pada 12 Sept tahun lepas berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan lafaz ikrar semasa pembukaan rasmi persidangan DUN.

“Bagi memastikan Rukun Negara terus dihayati dan dibudayakan dalam kehidupan masyarakat...Dewan ini berbesar hati untuk melaksanakan inisiatif berkenaan pada setiap sesi pembukaan penggal persidangan mulai tahun ini,” katanya pada persidangan DUN di sini hari ini.

Lafaz ikrar Rukun Negara kali pertama dilakukan pada persidangan Dewan Rakyat, 27 Feb tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan