AM > BERITA

PLKN Siri 2/2025 Bermula 11 Mei Di Dua Kem Askar Wataniah 

22/04/2025 10:21 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun ini di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan memaklumkan panggilan kemasukan pelatih bagi sesi latihan selama 45 hari itu boleh disemak bermula hari ini melalui laman sesawang rasmi di https://jlkn.mod.gov.my/. 

Menurut JLKN, seramai 550 pelatih dijangka dipilih menjalani latihan berbentuk fizikal, mental dan sivik yang merangkumi modul berintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan.

"Bagi modul latihan asas ketenteraan, para pelatih akan dilengkapi kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan manakala modul komponen kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan," menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada JLKN di laman sesawang rasmi https://jlkn.mod.gov.my/ atau Unit Pelatih di talian 03-40133 613/03-40133 618 atau e-mel ke info.jlkn@mod.gov.my. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan