AM > BERITA

PM Anwar Hadiri Mesyuarat Khas Dan Taklimat Pembangunan Sarawak

19/04/2025 01:06 PM

KUCHING,19 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas serta Taklimat Pembangunan Negeri di Wisma Bapa Malaysia sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kuching.

Sebaik tiba di sini Perdana Menteri terus dibawa ke Wisma Bapa untuk menghadiri mesyuarat berkenaan bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, serta anggota Kabinet Negeri.

Mesyuarat berlangsung selama kira-kira sejam.

Anwar kemudiannya menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 12 tengah hari.

Pada kira-kira 1.50 tengah hari Anwar dijadualkan menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI sebelum berangkat pulang ke ibu negara pada 3.15 petang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan