AM > BERITA

Anwar Bantu Selesai Isu Bekalan Air Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi

15/04/2025 11:22 AM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi membantu menyelesaikan isu bekalan air di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan akibat bil tertunggak.

Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi bagi menjelaskan tunggakan bayaran yang mencecah ribuan ringgit kepada Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP).

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan memaklumkan isu bekalan air yang berlaku sejak Mac lepas itu memberi kesan kepada pengurusan dan kemudahan asas di kawasan perkuburan yang sering diziarahi waris dan masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, proses penyambungan semula bekalan air telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan bersama-sama memastikan kemaslahatan masyarakat terus terpelihara,” katanya dalam hantaran yang turut dikongsi di laman Facebook Anwar.

Ahmad Farhan berharap usaha kecil itu dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada waris serta pihak pengurusan tanah perkuburan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan